It Is Better To Cook Our Own Food At Home , What About You ?
Sebenarnya lebih baik kita masak sendiri makanan yang ingin kita makan di rumah daripada membelinya di kedai . Pertama , kita boleh menjimatkan wang daripada menghabiskannya di kedai makan yang kita tidak tahu tahap kebersihannya. Tidak semua kedai makan diluar sana mengendahkan tentang kebersihan , masih ada lagi pemilik kedai makan yang prihatin terhadap pembeli yang membeli makanan di kedai mereka . dengan adanya 'happy meals' yang akan korang reka nanti ia akan memudahkan lagi hidup korang lepas ni . kepada yang masih merangkak rangkak dalam bidang memasak ni , korang boleh berlatih lah dengan cuba resepi resepi mudah yang saya dah kongsikan . Maka, lepas ni korang tak payah nak susahkan mak ataupun menyepahkan dapur korang . Okay berbalik kepada topik utama kita tadi , selain daripada menjimatkan wang kita juga boleh menjimat masa untuk ke kedai untuk membeli makanan . Kita tidak tahu apa yang bakal kita lalui untuk ke kedai . Contohnya , terdapat kesesakan lalu lintas ataupun terdapat kemalangan jalan yang menyebabkan jalan terpaksa ditutup untuk pengguna lalu lintas . Maka dari itu , masaklah makanan anda sendiri di rumah . Saya sudah anda bila lagi ?
No comments:
Post a Comment